Saturday 27 August 2011

Friday 26 August 2011

lagu Raya Yang Best PUnya..

antara lagu best gua..kita layan sama2..
01. jeffrydin
02. Selamat Hari Raya – Saloma
03. Suasana Hari Raya – Sharifah Aini
04. Cahaya Aidil Fitri – Black Dog Bone
05. Dari Jauh Ku Pohon Maaf – Sudirman
06. Seloka Hari Raya – Uji Rashid & Hail Amir
07. Dendang Perantau – P.Ramlee
08. Hari Mulia – Sheila Majid
09. Aidil Fitri – Sanisah Huri
10. Bisikan Hati Di Pagi Raya – Sharifah Aini & Hail Amir
11. Bila Takbir Bergema – Rafeah Buang
12. Suasana Riang Di Hari Raya – Junainah M.Amin
13. Pulang Di Hari Raya – Noorkumalasari
14. Selamat Hari Raya – Rahimah Rahim
15. Selamat Hari Raya – Faridah Joned
16. Takbir Raya
17. Menjelang Hari Raya – DJ Dave
18. Bersabarlah Sayang – Sanisah Huri
19. Selamat Hari Raya – Ahmad Jais
20. Balik Kampung – Sudirman
21. Nostalgia Aidil Fitri – Sharifah Aini
22. Bersama Di Hari Raya – Cenderawasih
23. Suasana Di Hari Raya – Anuar & Elina
24. Sepasang Kurung Biru – Khairil Johari Johar

Raya Pertama Tanpa Ayah...

Semua insan sedang gembira
Di hari ini sayang
Hari yang mulia
Marilah bersama berhari raya
Hilangkan duka
...
Lupakan saja kisah yang lalu
Gantikan cerita baru
Agar hatimu waspada selalu
Jangan kau kesalkan
Jangan engkau tangiskan

Pada mereka yang tak mengerti
Menuduh dirimu
Di jurang kesalahan saja
Ku tak sampai hati
Biarkan engkau sendiri

Tetapi diriku dan juga temanmu
Yang tahu kisah derita
Dan luka di dada, hanya kuharapkan
Kau harus bersabar
Dan bertenang selalu

Sunday 14 August 2011

surat Untuk AYaH

kisah ini terjadi disuatu pagi yang cerah… . mungkin tidak begitu cerah untuk seorang ayah yang kebetulan memeriksa bilik tidur anak gadisnya… yg berumur 17thn Dia mendapati bilik itu cukup kemas dan rapi, dengan sekeping sampul surat yg bertuliskan untuk a...yah diatas meja bacaan.. perlahan dia mula membuka surat itu… ——————————————————– Ayahku yg tercinta, Aku menulis surat ini dengan perasaan ...sedih dan sangat menyesal. Saat ayah membaca surat ini, aku telah pergi meninggalkan rumah. Aku pergi bersama kekasihku, dia lelaki yang baik, setelah bertemu dia..ayah mesti setuju walaupun penuh dgn tatto2 ganas ditubuhnya, Dia sudah cukup dewasa walaupun belum begitu tua (aku fikir zaman sekarang 42 tahun tidaklah terlalu tua). Dia sangat baik terhadapku, lebih2 lagi dia akan jd ayah kpd kandunganku ini. Dia memohonku untuk membiarkan anak ini lahir dan kita akan membesarkannya bersama. Dia punya bisnes perdagangan extacy yang sangat luas, dia juga telah meyakinkanku bahawa marijuana itu tidak begitu buruk. Kami akan tinggal bersama sampai mati memisahkan kami. Aku yakin bahawa para doktor akan menemukan ubat untuk AIDS jadi dia akan segera sembuh. Aku tahu dia juga ada perempuan lain tapi aku percaya dia akan setia padaku dengan cara yang berbeza. Ayah.. jangan risau akan keadaanku. Aku sudah 18 tahun sekarang, aku tahu menjaga diriku. Salam sayang untuk ayahku dan ibuku yg trcinta. Oh ya sebelum aku terlupa, berikan semua teddy bear dlm bilik ku ini untuk adikku yg sgt2 inginkannya… … —————————- Keadaan si ayah bagaikan nk tercabut jantungnya ketika itu… … ..lalu perlahan2 membuka muka surat kedua surat itu… dgn keadaan terketar2 si ayah membaca… … . PS: Ayah, .. tidak ada satu pun dari yang aku tulis diatas itu benar, aku hanya ingin menunjukkan hal yg lebih mengerikan daripada nilai report kad ku yg buruk. Kalau ayah sudah menandatangani reportku diatas meja, panggil aku ya… Aku berada dirumah jiran sebelah jer… .

Friday 12 August 2011

IKtibar Dan Teladan

life is not always beautiful .. sometimes we are happy and some sad ..
but we should be thankful because with such a sense we can make things better as an example and a sad thing as we continue burning for a fight ..

often we see .. our friends, there are often sad, and when asked why and for what? .. of course there are shared and there also are only latent in alone .... so .. so we do not forget or default .. always plenty to remember and give thanks to ALLAH,

test to test us to face but should be strong and cool face ..

In this ramadhan month I have often seen how far a person doing something good or not ... I did not always do good and there must be infallible, but I realize that and return to the straight path ... God willing ... to always remember ALLAh .. we can get closer with ALLAH


Firman Allah Ta'ala: "Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku". (Al-Baqarah, ayat 152).

Monday 8 August 2011

tip untuk diri,awak,kamu,mereka dan dia

  • Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah sekurang-kurangnya 5 kali sehari dengan air wuduk. Jangan dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdoa  
  • Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa. 
  • Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kama Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku) – (HR Ahmad) – Doa tengok cermin.  
  • Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur. 
  • Agar tubuh langsing, mulus, dietlah dengan teratur, puasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika mampu, lakukan puasa Nabi Daud a.s. – selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air suam.  
Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
  
Rahsia solat (anggaplah tazkirah bagi yang sudah tahu) 
  • Niat sembahyang memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.  
  • Berdiri tegak fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. 
  • Takbiratul Ihram fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. 
  • Fatihah sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. 
  • Rukuk sebagai tikar kita di dalam kubur. 
  • Iktidal akan memberi minuman air dari telaga al-kauthar ketika di dalam kubur. 
  • Sujud memagar kita ketika menyeberangi Siratul Mustaqim.  
  • Duduk di antara 2 sujud akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
  •   Duduk tahiyat awal menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
  •  Tahiyat akhir sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Mungkar & Nakir di dalam kubur.  
  • Selawat nabi sebagai pendinding api neraka di dalam kubur. 
  • Salam memelihara kita di dalam kubur.  
  • Tertib fadilatnya pertemuan kita dengan Allah s.w.t.

sumber: soleh.net..

belajar memasak puding roti...first time

ASSALAMUALAIKUM...salam ramadhan...nie dah masuk ari ke 8 kite puasa kan...huhuu...alhamdullilah...

pengalaman memasak puding roti...fuhh...mintak2 jadilah...
ore lelaki sape cakap xpandai masakan...mesti pandai punya..Adoiii....mane leh xpandai..kalau kata xpandai tu tipu la...huhu...masak air ke ,telur ke..senang je tu...huhu...ape g yang susah..
semalam saya try masak puding...alhamdullih..sedap jugak tp xleh nk simpan dalam peti sejuk coz masih panas last last make cam tu..sedappp gILEERRR.....

aku try buat lagi ari nie...mintak2 lagi sedap dari yang semalam...huhuu...

resepi dan bahan2 yang harus disediakan bukan susah pon..sikit je bahan yang perlu disediakan...

Bahan-bahan
4 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 tin susu cair tapi aku guna susu pekat...hahaa
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter xguna pon jadilah
Sedikit kismis tp aku xletak...xsempat nak beli

Cara-cara
  1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
  2. Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
  3. Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
  4. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
  5. Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...