Saturday 25 June 2011

Ayah
Belum pun ada satu hari yang berlalu
Tanpaku mengenangmu
Terkilan hati ini
Menerima hakikat
Kau tak berkesempatan
Menyaksikan hasil perjuanganku

Percayalah ayah
Selagi hidup ini
Nasib ibu tidak akan dipersiakan
Kami rindu ayah

Sering ku tanya
Mana tujuan
Namun hampa jawapannya

Begitu pun masa
Tiada mengizinkan
Perginya
Tinggalkan semua

Perjuangan
Diperjuangkan
Demi Tuhan dia rela

Menghitung hari-hari
Mengenangkan kembali
Perginya
Bertemu Ilahi
Bilakah pasti

Ayah
Demi Tuhan ku bersyukur
Petunjuk-Nya menyedarkan kita
Meskipun dosa
Tiap hari ku pinta
Agar bersih
Semuanya

Penderitaan
Dan perjuangan
Jasamu
Tetap ku kenang

Suatu yang sedih
Bergumpal di hati
Tiada
Mampuku beri
Hanya doa terukir
Setulusnya murni
Ku pinta
Pada-Mu Ilahi
Setiap hari

Ayah
Demi Tuhan ku bersyukur
Petunjuk-Nya menyedarkan kita
Meskipun dosa
Tiap hari ku pinta
Agar bersih
Semuanya

Penderitaan
Dan perjuangan
Jasamu
Tetap ku kenang

Oh~ Ayah
Oh~ Ayah

Saturday 18 June 2011

AYAH....


12.6.2011 itulah tarikh yang xdapat  ak lupakan kerana disaat ini perginya seorang ayah yang aku cintai buat selamanya…..bersempena bulan ini juga disambut ari bapa..apabila aku mendengar lagu ari bapa, ak mula terasa sedih…kadang2 ak ke tandas dan ade juga ke dalam stor kerana sering teringatkan ayah…
Tp aku juga merasa gembira kerana ramai kawan dan sair memberikan ucapan takziah kepada ak..ak berterima kasih kepada semua….hanya ALLAH yang dapat membalas budi anda semua…
 
Ayah……

Akan selalu anakmu mendoakan kesejahteraan ayah disana…


Tiba2 hati ini berasa sedih bila teringat kembali peristiwa lama bersama ayah..ayah teramat baik dengan saya…apa sahaja yang saya nak ayah pasti akan membelinya…

Ayah…..

Aku ingin menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada keluarga…akan ku balas jasa emak,ayah dan adik beradik yang lain…walaupun kita orang miskin tp kita tetap kaya dari segi kebaikan yang lain…insyaALLAH akan ku ubah nasib keluarga kita….
                                                                                              
  Kita hanya mampu berdoa,berusaha dan tawakal…

AYAH…SELAMAT HARI BAPA!!!!!!!


Tuesday 7 June 2011

HIDUP SEHARIAN KITE

assalamualaikum semua...dah lama saya x kongsi cerita...maklumlah sibuk sikit...semua hl dunia la...huhuu..ape pon akhirat jangan dilupa..betul x??? 


borinGgG!!!
NganTUk....
MAlas!!!.....
perkara yang selalu bermain di fikiran kita seharian n xdapat lari lagi..."saya pon sama gak"..huuhuu......
anda bagaimana???
saya selalu perhatikan kawan saya..,macam2 ragam mereka ade yang kelakar 24 jam je...ade yang time sedih dan ade yg time gembira..muka happy..muka marah,muka sedih,,,banyak lagi la....tp saya suka yang happy je tp kena pada tempatnya la...

jika kita asyik bergembira mungkin kita tidak tahu masih ada kawan kita yang sedang bersedih..so sebagai kawan,sair,member,sahabat...kita perlulah mengambil tahu akan mereka juga...

bagi saya sendiri...ari nie saya pon ade gembira dan sedih tp xleh kongsi la....huhuu...

ape yg saya nk bagitahu disini ialah...
-hidup xselalunya indah langit xselalu cerah
-hidup sememangnya ade suka dan duka tp mestilh mengharunginya dengan sabar dan tabah

ore putih oyak like"can not run"

ok la sekian sahaja nukilan saya untuk waktu dan ketika ini,,,,salam

surah AL-WAQIAH

Sabda Nabi Muhammad S.A.W.

"Barangsiapa membaca Surah al-Waqiah pada tiap-tiap malam, tiadalah akan menimpa kepadanya kefakiran atau kepapaan"






Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:

* Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

* Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.

* Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

* Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

* Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.

* Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya

* Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.

* Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.

* Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.

Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.
 
 
 
"nukilan daripada blogger lain"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...