Tuesday 17 January 2012

BelUt




...BELUT...pelik,geli,takut..or memeng x kenal langsung..??? xpe , mari sini saya nak bagitahu sikit...belut merupakan sekelompok ikan berbentuk mirip ular yang termasuk dalam suku Synbanchidae. Belut ini berbeza dengan sidat yang sering dipertukarkan tetapi perbezaan dapat dilihat pada sirip ekor. ciri khas belut adalah tidak  bersisik, dapat bernafas dari udara, bukaan insang sempit, tidak mempunyai kantung renang dan tulang rusuk, mata belut kebanyakan tidak berfungsi dengan baik.


kebanyakkan belut tidak suka berenang dan lebih suka bersembunyi di dalam lumpur. Semua belut adalah pemangsa dan mangsa-mangsanye adalah haiwan-haiwan kecil di sawah atau di sungai seperti ikan, katak,serangga serta lain2 serangga yang kecil.


Di musim ini, kebanyakan saudara mara saya menangkap belut, memang meriah sangat. mereka menggunakan tukeir @ buluh untuk menangkap nye...biasa nye di tangkap dekat sawah dan juga parit..belut ditangkap mungkin untuk dijual dan juga dimakan oleh family sendiri, biasanye belut yang dijual memang mahal harganye sehingga boleh mencecah rm 20 sekilogram.
Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak. Belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi. Tidak hairanlah ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan. Dalam perubatan tradisional, belut dikatakan mampu mengubati pelbagai penyakit.
Bagi pengidap buah pinggang, belut dimakan hidup-hidup ataupun dipanggang terlebih dulu. Limpa belut dipercayai mampu mengubati penyakit lelah caranya, limpa belut salai, kemudian dibakar hangus akan dimakan bersama seulas bawang putih dan serbuk halia. Selain itu amalan meminumnya reneh sup belut dikatakan mampu mengubati penyakit lelah. Sup belut juga mampu mengubati penyakit darah gemuruh dan mengatasi masalah lemah tenaga batin. Pesakit yang baru selepas pembedahan bagi menyembuhkan luka dan kesan pembedahan dengan lebih cepat.
Spesies ikan ini jika diamalkan memakannya selalu, dikatakan boleh 
  1. menguatkan daya tahan tubuh, 
  2. menormalkan tekanan darah, 
  3. menghaluskan kulit, 
  4. mencegah penyakit mata, 
  5. menguatkan daya ingatan dan 
  6. membantu mencegah hepatitis.
memang belut yang diciptakan oleh Allah mempunya banyak kebaikan kepada kite semua. kita juga dapat membuat sebarang hidangan dengan mengguna belut antaranye sup, belut goreng ataupun menjadikan kuah.

Sup Belut 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...