Tuesday 22 March 2011

KAwan,Sair,Sahabat,Member,,Teman n GU





Hidup memang tidak dapat dipisahkan daripada semua ini..bila berada ditempat baru mesti ade kawan baru, contohnya,time belajar dapt kawan,time kerja dapat kawan,dan time keluar negeri pon conform dapt kawan baru...huhuhu...orang kate memang best dapat kawan ramai...

Tapi adakah kawan itu akan kekal selamanya bersama kite atau pun hanya untuk sementara sahaja??  banyak jenis kawan yang kite akan ketahui nanti apabila sudah berkawan dan berpisah...

1-kawan untuk selamanya(best friend)
2-kawan untuk sementara(time belajar or kerja)
3-kawan untuk mendapatkan keuntungan diri sendiri dengan mempergunakan kawan (kawan makan kawan la)

so..pandai-pandailah memilih dalam berkawan dengan mengharapkan kawan,sair,sahabat,member,teman dan gu nk selamanya yang dapt menolong kite ketika dalam senang dan susah....InsyaALLAH.....


Tuesday, January 18, 2011 Nama Kuih Muih Yang Pelik

Negara kita mempunyai pelbagai jenis kaum dan majoritinya adalah melayu. Uniknya negara kita ialah bilangan penduduk berbilang kaum ini telah mewujudkan pelbagai jenis makanan yang kebanyakkannya sesuai untuk dimakan oleh semua kaum. Siapa tak kenal maruku, tosey, kuih bulan, nasi dagang, tom yam dan macam-macam jenis lagi. Bertuah kan kita tinggal dinegara ini. Bermacam makanan boleh kita rasa.

Korang pernah dengar nama kuih tradisional yang pelik-pelik namanya. Kekadang aku ni kalau nak makan kuih yang pelik namanya, mesti tergelak dulu sebelum disumbat kuih tu ke dalam mulut. Contohnya kuih tahi itik. Aummm aummm sedapnya walaupun namanya ada perkataan tahi. 

Tapi serius aku cakap ni... Generasi baru ramai yang tak nak belajar buat kuih tradisional. Bukan tak nak belajar buat kuih jer, tak pandai terus memasak. Confirm suatu hari nanti kuih muih ini hanya jadi bahan pembacaan dalam buku sejarah masakan. Jadi kepada anak gadis diluar sana, tolong belajar memasak eekk. Nanti dah kawin takkan setiap masa nak beli makanan kat kedai. Kan nanti dengan Madu sekali suami tolong belikan. Baru nak nyesal...

Dan ibubapa juga patut ajar anak mereka memasak sejak kecil lagi. Biasakan anak-anak dengan persekitaran di dapur. Tak perlu lah selalu bergantung harap kepada maid sebab bukan selamanya maid tu akan kekal berkhidmat dengan anda. Janganlah bimbang kalau anak terkena percikan minyak panas atau berdarah jari terkena pisau sebab itu sudah asam garam di dapur. 

Aku pun dulu masa baru nak belajar masak-masak, selalu jer tekena minyak panas kat pipi dan tangan, acapkali terhiris jari masa potong sayur. Adat lah tu. Tapi beberapa kali lah jugak darah di jari aku menitis masuk dalam masakan. Mujur yang makan tu tak tumbuh taring macam raja bersiong..huhuhu.... Kay, jom kita tengok sebilangan kuih tradisional yang pelik namanya tapi sedap dimakan. Jangan menilai sesuatu kuih dari nama dan bentuknya... hiks!!

Kuih Tahi Itik                                     Kuih Batang Buruk

Kuih Bom                                   Kuih Ulat Bulu

Kuih Kayu Keramat                             Kuih Badak Berendam

Kuih Lompat Tikam                              Kuih Telinga Keling

Selain dari kuih di atas, ada banyak lagi nama kuih yang pelik-pelik seperti
  • Kuih Sampan
  • Bronok
  • Kuih Celup
  • Lempuk
  • Cucur Kodok
  • Kuih Ulat Mulong
  • Nekbat
  • Lepat Liat
  • Cek Mek Molek
  • Kuih Keciputan
  • Kuih Cakar Ayam
  • Kuih Puteri Dua Sebilik
  • Kuih Lidah Sabah
Selebihnya korang tambahlah sendiri. Banyak lagi sebenarnya tapi tak larat aku nak listkan sebab tetiba jer terasa mengantuk. Zzzzzzzzzzz...
Nuffnang Ads
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...