Tuesday 17 January 2012

PEDOMAN 101 AZAB KUBUR




Baca kisah benar ini dan ambillah iktibar.
Seorang hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat SEOrang polis Melayu. Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada mayat tersebut. Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain.
Amin merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya.
Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat harus dipindahkan dari perkuburan orang Islam.

Kubur mayat polis Melayu itu segera digali semula yakni selang sejam atau beberapa jam selepas ia ditanam.
Alangkah terperanjatnya mereka bila melihat keadaan mayat yang mengerikan SEOlah-olah mayat tersebut sedang diazab. Mata yang terkeluar dan tulang-temulang yang patah bagai dihimpit kubur.
Kisah di atas merupakan kisah benar berlaku di sebuah daerah di Kelantan.
Allah telah takdirkan peristiwa ini berlaku di hadapan kita agar dijadikan pedoman dan ingatan sepanjang masa.
Allah tidak akan menimpa azab ke atas seseorang atau kaum kecuali didatangkan peringatan terlebih dahulu.
Allah itu maha adil dan tidak menganiaya hamba-hambaNya kecuali hamba itu menzalimi diri sendiri.
Cintai Allah, Cintai Islam.
Moral cerita:
1. Apa mahu dibanggakan dengan bangsa? Melayu atau Cina atau India semua itu tiada nilai di sisi Allah. Orang yang paling baik di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Justeru usah dibanggakan dengan bangsa. Perjuangan berasaskan bangsa adalah perjuangan lapuk dan berfikiran sempit.
2. Jika inilah tahap polis Melayu, maka apa yang dihairankan polis berkelakuan seperti anjing membelasah rakyat tanpa belas semata-mata menurut kehendak tuannya. Sudah tentu bukan semua polis berkelakuan begitu.
Kita tidak dapat memastikan azab pada mayat tersebut kerana murtad atau kerana tattoo. Pada pendapat saya, selagi masa hayatnya polis itu bersolat dan berpuasa seperti orang Islam yang lain, maka mayatnya harus diuruskan seperti mayat orang Islam juga.
Tattoo tersebut mungkin semata-mata tattoo yang dibuat secara main-main sahaja. Meskipun tattoo itu berbentuk salib. Kecuali ada keluarga atau kawan-kawannya yang bersaksi bahawa si mati pernah mengaku keluar dari Islam atau melakukan perkara yang membatalkan iman.
Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w mengutuk wanita yang menyambung rambut SEOrang wanita dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (yakni memakai rambut palsu), orang yang membuatkan tatoo dan orang yang meminta dibuatkan tatoo.”
Hadis direkodkan oleh Imam Muslim
Berdasarkan hadis ini, hukum bertatoo adalah haram dan berdosa besar. Ia tidak menyebabkan seseorang itu murtad. Namun dosa-dosa yang dikumpulkan boleh memudarkan iman dan akhirnya mendekatkan seseorang kepada murtad juga. Justeru penawarnya adalah taubat, menambah ilmu dan amal.
Bersabar sedikit di dunia untuk mentaati Allah jauh lebih baik dari bersabar ketika diazab di akhirat kelak. Fikir-fikirkan.

Wassalam

BelUt




...BELUT...pelik,geli,takut..or memeng x kenal langsung..??? xpe , mari sini saya nak bagitahu sikit...belut merupakan sekelompok ikan berbentuk mirip ular yang termasuk dalam suku Synbanchidae. Belut ini berbeza dengan sidat yang sering dipertukarkan tetapi perbezaan dapat dilihat pada sirip ekor. ciri khas belut adalah tidak  bersisik, dapat bernafas dari udara, bukaan insang sempit, tidak mempunyai kantung renang dan tulang rusuk, mata belut kebanyakan tidak berfungsi dengan baik.


kebanyakkan belut tidak suka berenang dan lebih suka bersembunyi di dalam lumpur. Semua belut adalah pemangsa dan mangsa-mangsanye adalah haiwan-haiwan kecil di sawah atau di sungai seperti ikan, katak,serangga serta lain2 serangga yang kecil.


Di musim ini, kebanyakan saudara mara saya menangkap belut, memang meriah sangat. mereka menggunakan tukeir @ buluh untuk menangkap nye...biasa nye di tangkap dekat sawah dan juga parit..belut ditangkap mungkin untuk dijual dan juga dimakan oleh family sendiri, biasanye belut yang dijual memang mahal harganye sehingga boleh mencecah rm 20 sekilogram.
Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak. Belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi. Tidak hairanlah ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan. Dalam perubatan tradisional, belut dikatakan mampu mengubati pelbagai penyakit.
Bagi pengidap buah pinggang, belut dimakan hidup-hidup ataupun dipanggang terlebih dulu. Limpa belut dipercayai mampu mengubati penyakit lelah caranya, limpa belut salai, kemudian dibakar hangus akan dimakan bersama seulas bawang putih dan serbuk halia. Selain itu amalan meminumnya reneh sup belut dikatakan mampu mengubati penyakit lelah. Sup belut juga mampu mengubati penyakit darah gemuruh dan mengatasi masalah lemah tenaga batin. Pesakit yang baru selepas pembedahan bagi menyembuhkan luka dan kesan pembedahan dengan lebih cepat.
Spesies ikan ini jika diamalkan memakannya selalu, dikatakan boleh 
  1. menguatkan daya tahan tubuh, 
  2. menormalkan tekanan darah, 
  3. menghaluskan kulit, 
  4. mencegah penyakit mata, 
  5. menguatkan daya ingatan dan 
  6. membantu mencegah hepatitis.
memang belut yang diciptakan oleh Allah mempunya banyak kebaikan kepada kite semua. kita juga dapat membuat sebarang hidangan dengan mengguna belut antaranye sup, belut goreng ataupun menjadikan kuah.

Sup Belut 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...