Monday 8 August 2011

tip untuk diri,awak,kamu,mereka dan dia

  • Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah sekurang-kurangnya 5 kali sehari dengan air wuduk. Jangan dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdoa  
  • Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa. 
  • Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kama Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku) – (HR Ahmad) – Doa tengok cermin.  
  • Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur. 
  • Agar tubuh langsing, mulus, dietlah dengan teratur, puasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika mampu, lakukan puasa Nabi Daud a.s. – selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air suam.  
Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
  
Rahsia solat (anggaplah tazkirah bagi yang sudah tahu) 
  • Niat sembahyang memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.  
  • Berdiri tegak fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. 
  • Takbiratul Ihram fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. 
  • Fatihah sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. 
  • Rukuk sebagai tikar kita di dalam kubur. 
  • Iktidal akan memberi minuman air dari telaga al-kauthar ketika di dalam kubur. 
  • Sujud memagar kita ketika menyeberangi Siratul Mustaqim.  
  • Duduk di antara 2 sujud akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
  •   Duduk tahiyat awal menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
  •  Tahiyat akhir sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Mungkar & Nakir di dalam kubur.  
  • Selawat nabi sebagai pendinding api neraka di dalam kubur. 
  • Salam memelihara kita di dalam kubur.  
  • Tertib fadilatnya pertemuan kita dengan Allah s.w.t.

sumber: soleh.net..

belajar memasak puding roti...first time

ASSALAMUALAIKUM...salam ramadhan...nie dah masuk ari ke 8 kite puasa kan...huhuu...alhamdullilah...

pengalaman memasak puding roti...fuhh...mintak2 jadilah...
ore lelaki sape cakap xpandai masakan...mesti pandai punya..Adoiii....mane leh xpandai..kalau kata xpandai tu tipu la...huhu...masak air ke ,telur ke..senang je tu...huhu...ape g yang susah..
semalam saya try masak puding...alhamdullih..sedap jugak tp xleh nk simpan dalam peti sejuk coz masih panas last last make cam tu..sedappp gILEERRR.....

aku try buat lagi ari nie...mintak2 lagi sedap dari yang semalam...huhuu...

resepi dan bahan2 yang harus disediakan bukan susah pon..sikit je bahan yang perlu disediakan...

Bahan-bahan
4 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 tin susu cair tapi aku guna susu pekat...hahaa
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter xguna pon jadilah
Sedikit kismis tp aku xletak...xsempat nak beli

Cara-cara
  1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
  2. Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
  3. Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
  4. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
  5. Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...