Friday, 27 January 2012

24 Perkara Jangan


Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yg menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yg. mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara - perkara yg. jangan dilakukan yg. seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri. :

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim..

14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg. teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat. 

20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.

22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.

24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.

Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg. buruk itu dari hambanya juga.

Wallahuallam.



In the name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful

" I created the jinn and humankind only that they might worship Me. "

( Az- Zaariyaat : 56 )

" Ya Allah , terimalah kami sebagai hamba-MU "




firman Allah " dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahannam itu kebanyakkan dari jin dan manusia...mereka mempunyai hati..tapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat2 Allah...dan mereka mempunyai mata tidak dipergunakan untuk melihat tanda2 kekuasaan allah...dan mereka mempunyai telinga tapi mereka tidak mempergunakan untuk mendengar ayat2 Allah..mereka ini umpama binatang ternakan...bahkan mereka lebih sesat lagi.mereka inilah orang yang lalai "

Tuesday, 17 January 2012

PEDOMAN 101 AZAB KUBUR




Baca kisah benar ini dan ambillah iktibar.
Seorang hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat SEOrang polis Melayu. Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada mayat tersebut. Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain.
Amin merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya.
Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat harus dipindahkan dari perkuburan orang Islam.

Kubur mayat polis Melayu itu segera digali semula yakni selang sejam atau beberapa jam selepas ia ditanam.
Alangkah terperanjatnya mereka bila melihat keadaan mayat yang mengerikan SEOlah-olah mayat tersebut sedang diazab. Mata yang terkeluar dan tulang-temulang yang patah bagai dihimpit kubur.
Kisah di atas merupakan kisah benar berlaku di sebuah daerah di Kelantan.
Allah telah takdirkan peristiwa ini berlaku di hadapan kita agar dijadikan pedoman dan ingatan sepanjang masa.
Allah tidak akan menimpa azab ke atas seseorang atau kaum kecuali didatangkan peringatan terlebih dahulu.
Allah itu maha adil dan tidak menganiaya hamba-hambaNya kecuali hamba itu menzalimi diri sendiri.
Cintai Allah, Cintai Islam.
Moral cerita:
1. Apa mahu dibanggakan dengan bangsa? Melayu atau Cina atau India semua itu tiada nilai di sisi Allah. Orang yang paling baik di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Justeru usah dibanggakan dengan bangsa. Perjuangan berasaskan bangsa adalah perjuangan lapuk dan berfikiran sempit.
2. Jika inilah tahap polis Melayu, maka apa yang dihairankan polis berkelakuan seperti anjing membelasah rakyat tanpa belas semata-mata menurut kehendak tuannya. Sudah tentu bukan semua polis berkelakuan begitu.
Kita tidak dapat memastikan azab pada mayat tersebut kerana murtad atau kerana tattoo. Pada pendapat saya, selagi masa hayatnya polis itu bersolat dan berpuasa seperti orang Islam yang lain, maka mayatnya harus diuruskan seperti mayat orang Islam juga.
Tattoo tersebut mungkin semata-mata tattoo yang dibuat secara main-main sahaja. Meskipun tattoo itu berbentuk salib. Kecuali ada keluarga atau kawan-kawannya yang bersaksi bahawa si mati pernah mengaku keluar dari Islam atau melakukan perkara yang membatalkan iman.
Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w mengutuk wanita yang menyambung rambut SEOrang wanita dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (yakni memakai rambut palsu), orang yang membuatkan tatoo dan orang yang meminta dibuatkan tatoo.”
Hadis direkodkan oleh Imam Muslim
Berdasarkan hadis ini, hukum bertatoo adalah haram dan berdosa besar. Ia tidak menyebabkan seseorang itu murtad. Namun dosa-dosa yang dikumpulkan boleh memudarkan iman dan akhirnya mendekatkan seseorang kepada murtad juga. Justeru penawarnya adalah taubat, menambah ilmu dan amal.
Bersabar sedikit di dunia untuk mentaati Allah jauh lebih baik dari bersabar ketika diazab di akhirat kelak. Fikir-fikirkan.

Wassalam

BelUt




...BELUT...pelik,geli,takut..or memeng x kenal langsung..??? xpe , mari sini saya nak bagitahu sikit...belut merupakan sekelompok ikan berbentuk mirip ular yang termasuk dalam suku Synbanchidae. Belut ini berbeza dengan sidat yang sering dipertukarkan tetapi perbezaan dapat dilihat pada sirip ekor. ciri khas belut adalah tidak  bersisik, dapat bernafas dari udara, bukaan insang sempit, tidak mempunyai kantung renang dan tulang rusuk, mata belut kebanyakan tidak berfungsi dengan baik.


kebanyakkan belut tidak suka berenang dan lebih suka bersembunyi di dalam lumpur. Semua belut adalah pemangsa dan mangsa-mangsanye adalah haiwan-haiwan kecil di sawah atau di sungai seperti ikan, katak,serangga serta lain2 serangga yang kecil.


Di musim ini, kebanyakan saudara mara saya menangkap belut, memang meriah sangat. mereka menggunakan tukeir @ buluh untuk menangkap nye...biasa nye di tangkap dekat sawah dan juga parit..belut ditangkap mungkin untuk dijual dan juga dimakan oleh family sendiri, biasanye belut yang dijual memang mahal harganye sehingga boleh mencecah rm 20 sekilogram.
Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak. Belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi. Tidak hairanlah ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan. Dalam perubatan tradisional, belut dikatakan mampu mengubati pelbagai penyakit.
Bagi pengidap buah pinggang, belut dimakan hidup-hidup ataupun dipanggang terlebih dulu. Limpa belut dipercayai mampu mengubati penyakit lelah caranya, limpa belut salai, kemudian dibakar hangus akan dimakan bersama seulas bawang putih dan serbuk halia. Selain itu amalan meminumnya reneh sup belut dikatakan mampu mengubati penyakit lelah. Sup belut juga mampu mengubati penyakit darah gemuruh dan mengatasi masalah lemah tenaga batin. Pesakit yang baru selepas pembedahan bagi menyembuhkan luka dan kesan pembedahan dengan lebih cepat.
Spesies ikan ini jika diamalkan memakannya selalu, dikatakan boleh 
  1. menguatkan daya tahan tubuh, 
  2. menormalkan tekanan darah, 
  3. menghaluskan kulit, 
  4. mencegah penyakit mata, 
  5. menguatkan daya ingatan dan 
  6. membantu mencegah hepatitis.
memang belut yang diciptakan oleh Allah mempunya banyak kebaikan kepada kite semua. kita juga dapat membuat sebarang hidangan dengan mengguna belut antaranye sup, belut goreng ataupun menjadikan kuah.

Sup Belut 


Friday, 30 December 2011

Minggu Exam di UMT

assalamualikum...lama x conteng blog nie..maklumlah masalah broadband...dh hampir final exam nie..kejap je rasa..dh ank abis sem 1 dah..ape leh buat kena terima la seadanya..

sebut tentang exam..memang kekalutan terselah..haha..bukan ape...semua duk study xkira siang mahupon malam..sampai ade yang xtidur ..lepas subuh baru tido...macam saya la...hahah..sehari je dalam study week nie, semua kawan2 duk takut je,ade yang xleh tidur, xlalu nak makan dan ada yang sampai x berapa sihat...macam saya gak la, sakit kepala je...biasa la ujian yang Allah berikan.

UMT..biasanye sunyi di lewat malam sekarang diterangi oleh cahaya buatan manusia, dan masih terdengar lagi suara pelajar yang sudah diketahui tidak tidur dan dalam dua study group or main game bergroup..hahah..ape-ape pon terbaik lah..

gini la kalau nak di gambarkan..hahaha


dah seminggu aku duk study 1 subjek nie...kerja aku menghafal...sampai penat...perh..nak score A nie...insyaALLAH...

ape-ape pon aku hanya mampu berserah kepada Allah swt...diiringi oleh Tawakal,Redha,Doa, dan semangat..akan ku perjuangkan dalam Exam nanti...InsyaALLAH..

doa ibubapa juga adalah penyumbang kepada keberkatan anak2 disamping doa kepada Allah setiap hari.

Sunday, 16 October 2011

episod 2

kenangan bersama
assalamualiakum .....hah...bertemu kembali di dalam ruangan saya yang x seberapa ini...pejam celik dah masuk sebulan lebih sudah saya berada di Negeri Persisiran Pantai...Terengganu...memang terbaik la..UMT...perghhh...memang Universiti pilihan hati ku...

ni saya nak kongsi aedikit la selama sebulan lebih saya berada di sini...banyak jugak la aktiviti yang telah saya tempuhi, pahit manis semua ada la...

aktiviti yang memang saya xboleh lupakan dan xakan ada Universiti lain jalankan ialah aktiviti Survivor laut di PULAU BIDONG...perghhh terbaik dan sangat menarik minat saya dan rakan,sair dan sahabat saya...hahah...kalau boleh nak pergi lagi, sebab ape yang menarik minat saya yang pertama dapat naik bot..hahah..xde lah...dah banyak kali naik bot pon..ape lagi kalau bukan Snorkeling..indah sungguh melihat alam ciptaan tuhan di dasar laut..selama ini saya hanya tengok melalui internet,majalah, dan banyak lagi tentang alam laut so semestinya ada semangat nak try kan, betul x?? dah try tu rasa sedih,bersyukur dan sebagainya bukan ape coz memang ciptaan tuhan sempurna sekali dan kita seharusnya bersyukur dengan sebanyak-banyaknye..saya dapat lihat macam2 spesis ikan,terumbu karan,Gamat, dan sebagainya dengan dekat..ape yang saya tunggu nak lihat ialah Ikan nemo..hahah...ikan UMT..cantik....ade gak perasaan takut tu yang bermain dalam fikiran saya kot2 ade belut laut ke,ular ke...perhg...memang malang la...nasib baik xde...

aktivit yang kedua ialah berkayak...memang saya suka kayak nie...dah biasa dah...tp yang xtahan ialah panas...kalau boleh mahu berkayak dengan lebih lama lagi..ade masa saya leh tempah tuk picnic lak...hahaha....aktivit seterusnya kita orang menaiki bukit like jungle tracking la...biasa la nak tengok peninggalan orang Vietnam..selepas difikirkan balik memang siksa hidup seperti pelarian,so kita sepatutnya banyak2 bersyukur ke hadrat illahi kerana Negara kita aman san makmur..banyak benda yang saya tengok time jungle tracking seperti,kubu lama,rumah kediaman,tangki air dan banyak lagi..tp semasa berada di hutan itu mulut dan percakapan haruslah dijaga selalu..orang kata tempat itu "keras"..

last aktiviti dipetang ari ialah memancing..memang pening kepala naik bot tu..tp best..yang xbest tu kepala pening coz terkena pancaran cahaya matahari tepat di kepala dan muka..hahaha*action je...dah la ikan xdapat..orang lain dapat...frushh giler..bila abang tu cakap dapat ke x..jawab dapat hahahah..cover lain katakan...xpe dari dapat malu..huhuu...pengajaran...kalau pancing kat sungai boleh lawan sama gua la bro...hehehe...
malam ialah malam kemuncak so setiap group ade persembahan masing2...macam2 gelagat happy bangat orang indon cakap...macam2 leh tengok persembahan..ade yg xjadi kena booo...dan yang jadi terpegum...group kita orang banyak kelakar dari serius...hahah..stedy medy la..."ayat ape tu" entam saje....!!!!

itulah aktivit yang xdapt ku lupakan di UMT...ade masa nak pergi lagi...

beberapa foto yang sempat diambil:

bergambar dengan budak kelas

geng terbaik
bersama roomate gua

Monday, 12 September 2011

UMT


Assalamualikum semua...pejam celik pejam celik dah masuk 1 minggu aku berada di bumi terengganu..ape cite ade kat sana??? mai nak cite,,,saya di sini untuk meneruskan pengajian di peingkat ijazah sarjana muda pengurusan maritim selama 3 tahun setengah...kalau nk diceritakan dengan lebih mendalam lagi mai sini....detik demi detik.


hari pertama.
perr perasaan tu memang hiba n sedih la coz nak tinggal kan mak tercinta kan...tp arif x kisah(cewehh) coz bukan nye jauh pon terengganu je...kalu nak difikirkan ape nasib n perasaan kawan2 lain yg dapat jauh,,,lagi la sedih...kul 2 ptg aku daftarkan diri semua urasan dilakukan di dewan sultan mizan...perrghh..besar giler dewan...n lepas siap aku n family pergi ke kolej kediaman perr..penuh dalam bilik aku...maklumlah semua family masuk..hahaha..happy n meriah..satu bilik 4 ore..

bermulalah minggu jalinan mesra selama 5 ari...ade best n ade la penat sikit..but i so happy yang x happy ialah baju sukan mjm aku xde....ish setiap hari pakai baju putih je...lain daripada orang..

hari kenali fakulti...memeng jauh r nk berjalan kaki nie ikut laluan biawak...perr...penat la...xpe time jalan kita cakap2 dengan member so rasa cepat la sikit...lagi bestnye dapat tengok biawak yang besar2...kalau kat kampung saya panggil biawak rian..hahaha...bila sampai kat fakulti pening saya dibuatnye...buklan main luas kawasan...ramai yang sesat n xjumpa bilik kuliah...hahaha..biasa r ari pertama menjejak kaki kan....eh penat la ..rasa ngatuk lak..kita sambung edisi seterusnya nanti..ape pon saya happy lah duk sini......k..salam semua

Facebook Chat Smileys, Emoticons and Text Formatting « FBHive

Facebook Chat Smileys, Emoticons and Text Formatting « FBHive
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...