Sunday 28 October 2012

Raya Haji 2012

Assalamualaikum..Raya??? perghhh..memeng ditunggu dan paling disukai oleh setiap insan yang beragama islam. tidak kira raya yang disambut itu adalah Hari Raya AidilAdha Atau pun Hari Raya AidilFitri...sememangnya amat seronok. Bagi ambe, raya adalah hari dimana ambe dan ahli keluarga termasuk sanak saudara dapat berkumpul ramai2 dan macam2 dapt dibualkan serta masing2 bersalam-salaman,dengan ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

Raya tahun ni, ambe rasa gembira dan bersyukur banyak2 kehadrat Allah SWT kerana banyak perkara yang dapat ambe lakukan termasuklah

- menziarahi sanak saudara
- menziarahi Kubur Arwah Ayah walaupun perkara ini mungkin ambe lakukan jugak pada hari2 lain namun  bagi ambe untuk hari raya perasaan itu xdapat dirasai berbanding hari biasa.
- bersama2 dalam menyembelih lembu korban serta sama2 memotong daging (siang daging)
- makan masakan beramai2 dengan sanak saudara
- dan macam2 lagi

aktiviti dalam menyembelih lembu korban merupakan detik yang paling menarik dan menyeronokkan kerana masing2 mempunyai bakat dalam bergurau senda dan memeng tidak kering gusi dibuatnya... semangat seperti ini sememangnya kita mahukan  dalam diri setiap individu atau  insan supaya dapat dielakkan sifat mementingkan diri yang akhirnya membawa kepada perpecahan dan terputusnya hubungan silaturahim antara insan.

disini ambe masukkan sedikit gambar yang diambil semasa penyembelihan lembu korban...:

 
 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...