Sunday, 14 October 2012

First time Birthday at UMT

Assalamualaikum semua...hah...ari ni ambe nok oyak(bagi tahu)  tentang pengalaman saya.. nak kata happy tu ada la gak..tp rase bersalah n berdosa pon ada..itu semua bukan salah ambe..

ceritanya macam ni..13.10..ialah ulang tahun kelahiran ambe...pada ari tu jugak ambe tukar pasword fb coz nak uji sejauh mane tahap setia kawan..last kul 12 malam nak masuk kul 14.10...hanya 2 orang jew yg ucapkan..terharu sangt..mamng dia orang kawan rapat la jugak...tp ambe dop salahkan mereka..ambe pon dop suko sambut benda ni..lebih baik berzikir n mendekatkan diri pada Allah swt...semakin hari umur kita meningkat namun begitu, kita juga tidak mahu hubungan kita dengan Allah semakin renggan...

selepas itu, hati ambe suko jugak la coz ingatkan sain/sair ambe dop buat jahat or buat bukan2..maklum la..ore luar dari negeri kelate ni mace2 ragam mereka sambut...penat melayan mereka sedangkan mereka semua tahu xtvt itu adalah tergolong dalam perbuatan pembaziran.....nak diceritan , mula2 kejadian ini ialah :

 sair ambe ajok ambe pi mandi kat pantai..best la gak...tp masa tu jugak ombak kuat n besar...nak mandi ke x...nak mandi kat orang dewasa cam dalam je air..so mandi la dekat kanak2...hahaha....duk lepak atas batu besar..tengok pemandangan...Subhanallah...indah sungguh alam ciptaan Allah...indah semuanya bagi orang yang tahu bersyukur dan beramal..selepas itu saya diarahkan oleh sair ambe tuk main dekat air x dalam...katanya bahaya..so saya ikut la...ingat sayang kat kite...tp ape.....zouup..air dicurahkan atas belakang saya...saya xperasan g..jalan jew..kejap....bau something la kat baju saya...hahaha..rupa2 nya bau gandum..waaa..apa lagi..lari la...so bermula lah detik kejar mengejar..bukan 1 yang kejar tp ramai...lari punya lari saya jugak terjatuh coz kaki sakit terpijak batu...saya terima pula 1 letupan telur di kepala..."paannn"  hahaha...tak terasa ape pon...so apa lagi saya kejar balik dia orng...sasaran saya pada sain ambe yang sihat tu...coz dio yang pengang ganadum..hahaha...akhir nya tumpas d tangan ambe..hahha..semua kena saya baling...just 2-3 orang jew saya biarkan...coz sakit kaki...hahah....tangan pon luka..tp xpe..apa2 pon best sangt...first time in my life...this also my experience at UMT ...hahaha...i love u all ....next year your turn lak,...wait n see...hahahha....apa2 pon all the best....k lah..nanti kongsi balik...k..Asslamualaikum....

Friday, 12 October 2012

RaGam Kehidupan Di Negeri Orang

Sememang banyak masalah yang akan dihadapi dalam diri seseorang insan yang bergelar pelajar apabila berada di negeri orang. Tetapi masalah itu akan dapat diselesaikan juga hanya masa yang menetukan samada cepat atau lambat. Bagi diri ambe, negeri pertama yang ambe pernah merantau adalah negeri Kedah iaitu di Pulau Langkawi dimana tempat ambe menjalankan program Khidmat Negara.

sememagnya pengalaman itu sangat indah dan susah untuk dilupakan. Tapi perasaan yang xboleh dilupakan juga adalah berjauhan dari keluarga yang selama ini tidak pernah kita berada jauh degan nya. Tapi peristiwa itu haruslah dijadikan sebagai penguat semangat diri.

selepas itu, ambe terus merantau ke negeri ke-2 iaitu negeri Perak Darul Ridzuan. Negeri ini merupakan tempat saya belajar iaitu belajar di Politeknik Sultan Azlan Shah. Banyak pengalaman pahit mahupun manis yang saya perolehi ketika berada di negeri itu sewaktu belajar dulu antaranya:

Pengalaman Pahit

  • Kesunyian yang teramat sangat kerana xade family
  • Tidak ada kenderaan sendiri sehingga kan balik dari kelas berjalan kaki sejauh 3 kilometer. bukan sekali tapi 5-10 kali.
  • Balik kampung hanya cuti sahaja
  • Tersisih dan rasa keseorangan coz dalam kelas ambe jew orang kelate.
  • balik kelas dengan bas n dalam bas tu hanya 2-3 orang je lelaki..terasa tersisih dengan kawan lain
  • terpaksa tunggu kawan selama 2-3 jam coz nak tumapang balik bersama..maklumlah berlainan kelas
Pengalaman Manis
  • Dapat bercuti dan kenal tempat orang contohnya, jalan-jalan ke Kuala Lumpur kerana berdekatan
  • Mandi manda bersama kawan rumah sewa 
  • dapat kawan baru
tu jew..manis lebih sikit dari pahit... 


Selepas tamat pengajian di Politeknik,ambe bekerja di Pasaraya Kubang Kerian iaitu Mydin Mall selamat 1 tahun. Pada tahun lepas iaitu 2011..ambe dapat meneruskan pengajian d peringkat Ijazah di negeri Terengganu iaitu Universiti Malaysia Terengganu dalam Bidang yang ambe tunggu sekian lama iaitu Maritime Management. sekali lagi ambe merantau, nasib baik jiran negeri ambe.,senang nak ulang alik nanti dan rindu dapat dikurangkan sedikit. Tapi apakan daya..masalah masih meninpa diri ini..hanya mampu berserah dan bertawakkal je..redha dengan ujian yang diberikan.

di sini juga ambe banyak mengutip dan mengumpul pelbagai pengalaman mahupun pengajaran yang kalau dikira dapat dijadikan ikhtibar dan pengalam dalam diri..antaranya:

  • sambung esok...






















Tuesday, 9 October 2012

Semangat Baru...

Assalamualaikum semua...rasa sudah lama saya x intai dan update blog ni...bukan ape..just saya ni dop ingat pasword..maklumla..macam2 dah kena create new accaunt..sampai terlupa pulak...xpe..dah buleh buka daa...suka sangat nih..

apa-apa pon saya ingin melepaskan rasa rindu dekat blog saya ni...rindu sangat,,,tp rindu lagi dekat family dekat kampung...rasa dah sebulan lebih dah tak balik kampung...sedih sangat apabila call je mak air mata ni tetiba je terkeluar..suara jadi sebak..sedih n rindu ...walaupun jarak memisahkan kami..tapi hati tetap bersama dengan family tercinta...insyaAllah.

semangat saya juga menjadi berkobar2 jew...entah kenapa saya pon tidak tahu..


hahah,...tu jew saya nak cerita untuk ari ni..ade masa esok saya cerita lagi..just untuk suka2...


Monday, 13 February 2012


Wall Photos
‎9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"


copy Share Share Share Share Share Share Share Share Share Share
By: Kaki bising dot com

Kisah tauladan

Seorang ank dtg mengadu pada ayhnya bahawa dia sukar sekali mengawal kemarahan. "Apa yg harus saya buat ayh?". Si ayh lantas mencadangkan setiap kali anknya berasa marah, ambillah tukul dan pakukan satu paku di dinding. Anknya menurut dan dlm 1 mggu itu, hampir 70 buah paku telah dipakukan ke dinding. Ayhnya lantas bertanya, "Adakah kau merasa lbh baik anakku?" Si ank lantas mengangguk. Ayhnya kemudian meminta si ank menanggalkan kembali paku2 yg ada pd dinding itu dan bertanya, "Adakah kau nmpk kesan2 yg engkau tgglkn pada dinding tersebut?" Anknya kemudian melihat pd lubang2 yg d'tiingglkn kesan dr paku tersebut. Ayhnya lantas berkata, "Wahai anakku, kamu mgkin berasa lbh baik setelah melepaskan kemarahan, ttp ketahuilah, kamu meningglkn kesan pd org yg kamu lemparkan kemarahanmu padanya. Dia mungkin dpt memaafkan, ttp pasti sukar utk melupakan"
"They can forgive,but will never forget"- Kisah dan karya asal oleh Ustaz Badli Syah Alauddin
- I-Khalifah.com

Wall Photos
Apa yang kalian suka tentang Dunia'?
....
....
....
....

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Di atas dunia ini aku suka akan 3 perkara:”

1- Wangi-wangian/bau-bauan yang harum

2- Isteri/perempuan yang solehah

3- Ketenangan semasa solat

Lalu Saidina Abu Bakar menyampuk..’Wahai Rasul Allah, aku juga mempunyai 3 kesukaan dalam dunia ini!”

1- Melihat wajah Rasullullah

2- Mendermakan hartaku seperti permintaan Rasullullah

3- Suka anakku Aisyah menjadi isterimu ya Rasullullah

Kemudian Saidina Umar pula berkata..”Kamu benar wahai Abu Bakar, aku juga mempunyai 3 kesukaan atas muka bumi ini..”

1- Mencegah kemungkaran

2- Menyuruh kepada kebaikan

3- Berpakaian sederhana

Selepas itu Saidina Othman pula berkata..”Kamu benar Umar, aku turut mempunyai 3 kesukaan..”

1- Memberi makan orang yang lapar

2-Memberi pakaian kepada mereka yang tiada pakaian

3- Membaca Al-Quran

Kini tiba pula giliran Saidina Ali..”Benar ya Othman, aku juga mempunyai 3 kesukaan!”

1- Melayan tetamu

2- Berpuasa di musin panas

3- Berperang pada jalan Allah

Sedang asyik mereka bercerita turunlah Malaikat Jibri menyapa Rasulullah dan berkata:

“Wahai Rasulullah, mendengarkan perbicaraan kamu, Allah telah memerintahkan aku untuk berjumpa denganmu dan menyuruhmu menanyakan apakah kesukaanku sekiranya aku menjadi penghuni dunia!” Lalu Rasullullah bertanya,”Apakah 3 kesukaanmu wahai Jibril jika engkau menjadi penghuni bumi ini?” Malaikat Jibril menjawab:

1- Aku suka menunjukkan jalan yang benar kepada mereka yang sesat.

2- Aku suka mendampingi orang yang beriman.

3- Membantu ahli keluarga dan kaum kerabat yang didalam kesusahan

Akhirnya Allah sendiri berfirman, “Aku mempunyai 3 kesukaan kepada hamba-Ku!”

1- Orang yang bersungguh-sungguh membuat ibadah kepada-Ku

2- Orang yang sentiasa menangis kepada-Ku

3- Orang yang apabila diuji, mereka bersabar….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...