Wednesday, 6 February 2013

JOM TADABBUR 2P



Al-Quran itu bukan diturunkan semata-mata untuk memberi pahala kepada manusia..

akan tetapi sebagai petunjuk sekalian alam..

tidak cukup sekadar mengejar pahala semata-mata kerana yang membentuk jiwa kita adalah kefahaman dan hikmah yang ada dalam Al-Quran.

Al-Quran Dusturuna (Al-Quran panduan KITA)..!!
Kita baca..Kita Hayati kita gapai 2P
PAHALA | PETUNJUK

"..Demikianlah , yang Kami membacakannya kepadamu (wahai Muhammad, adalah ia) sebahagian dari hujjah-hujjah keterangan (yang membuktikan kebenarannya), dan dari Al-Qur’an yang penuh dengan hikmat-hikmat (pengetahuan yang tepat, lagi sentiasa terpelihara).."
Al-Imran:28

"MAKNA BACAAN KETIKA DUDUK ANTARA DUA SUJUD SAAT SHOLAT"



Bagi kita semua sebagai Umat Islam bacaan ini bukanlah seuatu yang asing lagi.
Karena setiap kita menunaikan Sholat, bacaan ini pasti kita membacanya.
Lalu bacaan apakah itu? Yaitu bacaan ketika duduk antara dua sujud saat kita mendirikan Sholat.

Adapun kalimat lengkapnya sebagai berikut :

( RABBIGHFIRLII WARHAMNII WAJBURNII WARFA'NII WARZUQNII WAHDINII WA'AAFINII WA'FU 'ANNI )

Pertanyaannya, apakah kita sudah memahami makna dari bacaan tersebut? Pernahkah kita mencoba untuk menghayati bacaan duduk antara dua sujud ini? Agar Sholat kita akan menjadi semakin khusyu'? Sebagian dari kita mungkin sudah. Dan bagi sebagian dari yang lain mungkin belum.

Dibawah ini akan ditulis masing-masing dari bacaan tersebut. Perhatikanlah dengan sebaik-baiknya.

»» RABBIGHFIRLII.. (Ya Tuhanku, Ampunilah dosaku)
»» WARHAMNII..... (Sayangilah aku)
»» WAJBURNII...... . (Tutuplah aib-aibku)
»» WARFA'NII...... . (Angkatlah derajatku)
»» WARZUQNII..... (Karuniakan aku rezeki)
»» WAHDINII....... . (Berilah aku petunjuk)
»» WA'AAFINII..... . (Sehatkanlah aku)
»» WA'FU 'ANNII... (Maafkanlah aku)

SubhanAllah...
Begitu menggetarkan hati makna dari bacaan tersebut. Begitu indahnya untaian kalimat-kalimat doa yang kita panjatkan dari lisan kita kepada-Nya.

Mudah-mudahan uraian ini akan memberikan pencerahan untuk hati kita semua. Mulai saat ini kita telah mengetahui makna dari bacaan tersebut.
Semoga juga akan menjadikan kita semakin khusyu' karena kita telah mampu menghayatinya.

Aamiin Yaa oabbal 'Aalamiin.

Semoga bermanfaat

Tuesday, 4 December 2012

HOLIDAY...LENYAPKAN STRESS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua sahabat ambe..harap sihat selalu...ahhh bukan nk kongsi banyk cerita pun buat waktu ni tapi adalah sikit2 yang mana ambe mampu kongsikan...:)

Bulan November 2012..memang diri ambe raso gembira sangat kerana macam2 xtvt yang telah ambe libatkan diri dan memang ternyata yang ianya sangat bagus..sekalung tahniah jugak kepada saing2 ambe yang banyok berjaso kepada ambe dan saing2 ambe hok lain...antara aktiviti yang telah ambe libatkan diri ialah:

  • Konvoi beramai2 ke La Hot Spring dan juga Lata Bakoh Besut pada 25.11.2012..macam yang berlaku samada pengalaman menarik,dan jugak yang x elok..semua itu adalah takdir Allah...kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukannya. Tetapi..pengalaman itu tidak akan dapat dilupakan.
  • Aktivit ke-2 ialah Kelab Mahasiswa Maritim UMT juga merupakan kelab ambe, telah menjalankan aktiviti seperti khidmat komuniti di Kg Gong Baru,Gong Tok Nasek pada 1.12...walaupun bulan 12 tp ia masih baru lagi..so kira masuk bulan 11 jugak la..hik3...di sini macam2 ambe dapat rasa dan dapat ambe lakukan dengan hati yang ikhlas..antaranya:
    • khidmat sumbang bakti - dimana aktivi ini ambe paling minat kerana apabila ambe melakukan tugas ini,pasti diri ambe akan sebak dan sedih kerana ambe pon bukan dari kalangan yang berada...tp xpe membuatkan orang lain bahagia atau gembira juga seperti mengembirakan ibu saya sendiri serta adik beradik saya. macam2 dapat saya lihat mak cik dan pakcik yang mendapt sumbangan daripada pihak kami,..mungkin dapat dijadikan ikhtibar untuk ambe belajar bersungguh2 dan mungkin dapat menolong orang lain pulak melalui hasil titik peluh ambe sendiri suatu ari nanti..insyaAllah..
    • gotong royang-memng best jugak kerna kelab kami membersihkan jalan dan tali air di kampung  itu..rasa macam berada di kampung sendiri jew...dengan angin yang damai dan tenang memang best la duduk kat sana. :)
    • sukaneka - mm..ni sedih sikit bukan ape..sebabnya ambe xleh main game tu coz dah penuh...xnak bagi penuh camne...setiap permainan hanaya 2 orang je lelaki ...memang kecewa sangat...tp xpe la..seronok jugak bagi semangat kak saing2 ambe...hahahah
    • selain itu..hah..anak angkat..untung la ambe dan 19 orang lagi menjadi anak angkat kepada AADK...agensi Anti Dadah Kebangsaan...buleh la melawat kat tempat diaorang ...dpat melihat penghuni di sana dan macam2 lagi..best sangat.,..
    • kalau nk ceri nih banyak g...ape2 pon harap semua saing2 ambe happy belako...dan xlupa juga pengarah yang menjayakan program ini sehinggakan masuk akhbar...Terbaikk n Terbagusss...hahahah
antara koleksi gambar yang mungkin dapat ambe masukkan...





                                                                  


















Thursday, 22 November 2012

LAW KANA BAINANA

maksud dalam bahasa Melayu

Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.




dengan sendirinya air mata ambe jatuh berderai apabila terdengar lagu ini...sebelum ini ambe hanya mendengar nyanyian dalam bahasa arab dan ambe sedar bahawa ambe xde la pandai sangat bahasa arab..tp jika dihayati dengan nadanya...sungguh sayu ...inikan pula dan ada maksudnya...Subhanallah...

alangkah indahnya jika Hamba Mu ini berada bersama Baginda. walaupun tidak sempat namun setiap amalan sunnah yang telah Baginda ajarkan akan selalu ambe turuti..InsyaAllah...

Sunday, 28 October 2012

Konvoi Balik Raya Haji

Assalamualaikum semua...mm..rasa dah lama x intai blog nih..hari ni nak kongsi pengalaman yang xleh dan xakan dilupakan...apa lagi kalau bukan dapat balik kampung ramai2...best..macam2 jugak halangan yang ditempuhi disamping mendapat kawan/sair/sahabat baru

25/10/12- semangat nak balik kampung, berkobar2..semua kawan dah balik awal2 lagi..so tinggal ambe dan sair ambe sorang lagi yang tinggal di kampung besut. yang dah balik awal bukan negeri jauh nyew...ganu gak...hahah...tapi xpew..soronok gak tengok diorang..leh la rasa nikmat kehidupan sama dengan anak perantauan...hahaha...bagus2..tp bila semua dah balik tu..rasa sunyi,sedih, dan macam2 lagi yang datang.. itu lah kehidupan kita bila berada keseorangan di tempat orang.

Ambe bertolak dari UMT pada pukul 5.00 petang dan sampai dirumah pada pukul 7.30 malam...biasanya mengambil masa 2 jam saja tp desebabkan cuaca ketika itu tidak menginzinkan, kami berhenti seketika di kampung jertih kerana hujan lebat. semua itu ujian,.. 

kami juga berpisah menjadi 2 bahagian kerana masing2 mula mengikut haluan sendiri mungkin disebabkan oleh jarak dan masa yang dekat atau memeng hanya melalui kawasan itu sahaja jalan menuju kampung mereka. 

macam-macam yang berlaku semasa perjalanan kami pulang ke Kampung halaman baik perkara yang baik-baik dan juga yang kurang baik, antaranya:

Perkara Yang Baik/ Gembira:

1) Dapat tengok Ragam sair/kawan/sahabat ambe dengan semangat yang berkobar-kobar
2) Dapat berkumpul Ramai-ramai
3) Dapat melihat suasana Persekitaran disebabkan ambe  ni penumpang dan berada dibelakang kawan
4) Mengenal erti Persahabatan  dari melihat kawan lain yang sanggup tunggu kawan lain yang lambat
5) Dapat melihat keindahan alam ciptaan Allah contohnya semasa Turunnya Hujan dan dpaat dilihat langit membahagikan kawasan diantara Hujan dan Mendung yang merupai garisan sempadan yang amat cantik..ini lah kejadian yang sepatutnya kita bersyukur akan nikmat Allah yang dikurniakan kepada kita. memang ini tidak dapat ambe lupakan sampai bila-bila.
6) Ambe paling gembira dan lebih bersemangat adalah ketika melihat kereta yang turut menuju ke negeri ambe adalah golongan rakyat ambe sendiri, itu akan menjadikan smeangat konvoi menjadi-jadi.
 "Kawe Banggo Jadi Anok Kelate"

Perkara yang tidak elok/bahaya

1) Bahaya yang akan menimpa pemandu motorsikal macam kami semua kerana dikelilingi kenderaan yang berat seperti kereta, lori dan Bas
2) sikap saling motong-memotong yang ambe dapat lihat daripada pemandu kereta
3) jalan yang berliku-liku dan selekoh yang tajam di beberapa buah tempat, amat berbahaya kepada semua pemandu


tapi apa pun yang berlaku, dapatlah ambe jadikan sebagai pengalaman, yang buruk dijadikan pengajaran dan yang baik dijadikan pedoman. InsyaALLAH...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...